Friday, June 10, 2011

Tapisan Kehidupan..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari khamis yg lepas sempat tadabbur sedikit love letter from Al-Khaliq dgn ukhti Aisyah Sukimin yg dibawa khas from Malaysia.. Walaupun berat untuk join sebab ada discussion untuk final paper untuk keesokkan hari nya, Allah kuatkan juga hatiku untuk join.. Alhamdulillah syukran Ya Allah.. :)

Kami tadabbur surah Al-Baqarah ayat 246-249... Nak tahu apa kisah ayat nie??
Ayat2 ini mengisahkan satu kaum Bani Israil yang diceritakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW, untuk dijadikan iktibar oleh umatnya.. Disini sy tidak mahu share tafsir ayat2 tersebut kerana sy bukan seorg mufassir yg mampu mentafsirkn Al-Quran. Sy hanya ingin share tentang satu point yg sy rase sngt relate pd kehidupan sy, satu peringatan yg ayat ini cuba untuk smpaikan pd kita.. Lebih2 lg pd seorang hamba Allah yg mengelar diri mereka sebagai Daie.. Semoga ayat2 ini dpt memberi sy peringatan tika sy futur or terkeluar dr landasan "tarbiah" ini.. InsyaAllah..

1) 1st tapisan (refer ayat 246): Sebelum turunnya kewajipan berperang, mereka kelihatan berkobar2 untuk berperang.. Tp, apa yg berlaku ketika mereka diwajibkan untuk berperang adalah sebaliknya.. Hanya segolongan kecil dari mereka sahaja yg betul2 pegang pada kata2 mereka..

2) Then, semasa golongan kecil ini dibawa ke medan perang, mereka telah diingatkn oleh ketua mereka untuk tidak meminum air di sebuah sungai yg bakal mereka jumpa, mereka hanya boleh menciduk nya dgn seciduk tangan sahaja. Namun, sebahagian drpd mereka ingkar lalu meminumnya dgn puas kecuali segolongan kecil.. Sehinggakan, ketika mereka sampai ke medan perang untuk berperang, sebahagian yg minum air sungai tersebut merasa tidak kuat lg untuk berperang kecuali segolongan yg lebih kecil (yg tidak minum air)..

Golongan ini meyakini bahawa mereka akn menemui Allah, mereka lalu berkata
"Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah."

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang2 yg sabar.. InsyaAllah.. Dan Alhamdulillah, dengan izin Allah mereka berjaya mengalahkan tentara musuh dlm peperangan tersebut.. (refer 2:251) Alhamdulillah.. Itulah kisah nya tentang bagaimana Allah menapis kaum ini, untuk memilih siapa yg lebih layak untuk berjuang di jalan Allah.. Allah memilih siapa yg lebih layak untuk bergelar Syuhada' fi sabilillah..

Jd, ape kaitan nya dgn kehidupan ku sekarang??
Hrm, bila direnung2kn kembali kisah ini.. Tetiba terfikir di sepanjang kehidupanku, tanpa ku sedari terlalu banyak tapisan2 yg telah aku lalui.. Awal2 lg sebelum lahir kita telah ditapis, dan kita telah berjaya menjadi se'ekor' sperma yg terpilih untuk memasuki ovum ibu kita.. Dan banyak lg lah tapisan2 nya smpailah sekarang..

InsyaAllah teringin sekali untuk aku meng'list'kan jenis tapisan yg telah ku lalui.. Bukan untuk membangga diri, "Yeah, aku telah berjaya melalui tapisan2 itu.." TAPI, sebagai peringatan diri.. Especially, tika aku futur nnt.. Nauzubillah.. Tp, itulah hakikat nya, fitrah manusia sering lupa dan mudah terhasut dgn bisikan2 syaitan.. Aku harap dgn list tue nnt, aku boleh melahirkan rase bersyukur ku kpd Allah kerana telah memilihku untuk melepasi tapisan2MU.. Untuk mengingatkan diri ku bahawa, KITA (semua org) adalah insan terpilih.. KITA adalah khalifah ALLAH dimuka bumi ini.. (2:30) InsyaAllah..

Semoga bertemu lg, to the next entry yg bertajuk "TAPISANKU".. Huhu.. Belum tulis lg dah ade tajuk.. :)) InsyaAllah, sebagai satu momentum untuk terus menulis di blog ini.. :)

Waallahualam..

With love,
Nadiah

No comments:

Post a Comment