Sahabat-sahabat sekalian, hari ni terasa ingin berkongsi perasaan Jaafar bin Abu Talib ketika Najashi bertanya tentang agama baru yang dibawa oleh Muhammad SAW:
"Tuanku, kami bukan membawa agama baru. Muhammad bin Abdullah membawa agama yang benar ini daripada Tuhannya dan telah membawa kami keluar daripada jalan yang gelap kepada jalan yang bercahaya.
Dahulu kami adalah manusia yang bodoh, kami menyembah batu dan selalu memutuskan hubungan keluarga. Kami makan bangkai dan kami lakukan perkara yang tidak baik. Kami langgar perjanjian kami dan yang kuat di kalangan kami akan menindas yang lemah.
Segala ini kami lakukan hinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang rasul daripada kalangan kami dan kami kenal keturunannya.
Kami yakin dengan kebenaran, amanah dan kebaikannya. Baginda membawa kami kepada Allah dan menyuruh kami menyembah serta mengesakan Allah. Baginda menggalakkan kami supaya mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan meninggalkan batu dan kayu yang kami sembah selama ini.
Baginda juga menyuruh kami bercakap benar, amanah, menghubungkan dilaturrahim, melaksanakan janji, tidak melakukan yang dilarang dan tidak menumpahkan darah.
Baginda melarang kami daripada melakukan perkara yang tidak baik, berbohong dan mengambil harta anak yatim.
Oleh kerana itulah kami meyakininya dan kami yakin risalahnya serta kami ikuti apa yang dibawanya.
Dengan itu kami hanya menyembah Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Kami haramkan apa yang diharamkanNya kepada kami dan kami halalkan apa yang dihalalkan kepada kami.
Malangnya, kaum kami telah memusuhi kami. Mereka mengenakan siksaan yang berat kepada kami supaya kami meninggalkan agama kami ini. Mereka mahu supaya kami kembali menyembah berhala selepas kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan Maha Pengurnia.
Apabila mereka memaksa kami, menzalimi kami, menindas kami dan menghalang kami daripada mengamalkan agama kami, kami bercadang untuk memohon perlindunganmu dan menetap di negerimu. Kami memilih kamu dan tidak raja-raja lain dan kami harap supaya kami tidak dizalimi di sini."
Subhanallah, sebenarnya kisah hidup para sahabat agak sinonim dan relevan untuk kita. Mereka telah berjaya keluar dari kepompong jahiliyyah walaupun telah bertahun-tahun lamanya bergelumang bersama kekotoran itu. Dan sebenarnya, tak mustahil bagi kita cuma kuncinya adalah susah-payah a.k.a. mujahadah. Hidup tanpa mujahadah takkan ke mana-mana. Hidup hanya dengan kesenangan dan kemudahan, takkan terasa manisnya iman.
Adakah manusia mengira mereka akan dibiarkan sahaja dan berkata: "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? (29:2)
Ayuh sister-sister ku, kita sama-sama mujahadah untuk mengikis segala karat-karat jahiliyyah yang ada. Selagi kita tidak mencuba sehabis daya, semaksima ikhtiar kita tidak layak berputus asa. Siapa kita untuk putus asa setelah kita diselamatkan daripada kegelapan kepada cahaya. Setelah kita hampir mati terasing dari islam, kembali bernyawa bersama sinar islam. Apa hak kita untuk berkata, "Saya tak mampu" dan "Saya taknak bersama meneyelamatkan yang lain"?
Wahai diri, tak perlu putus asa.. kerana kau PASTI DISINGKIRKAN jika tak mahu bersama..
Jalan ini bukan untukmu.. tapi untuk yang sedia berkorban dan terkorban..
Setia di sini bukan sekadar kata-kata.. tapi adalah lampiran sifat dan etika..
Sama ada kau ada atau tak ada.. tarbiyyah dan dakwah ini akan terus bernyawa..
Kerana ia tak perlukan engkau.. tapi engkau memerlukannya..
Semoga kita sama-sama berikhtiar semaksima mungkin mengikis segala kekotoran jiwa dan menegakkan islam di dalam diri. Ya Allah, tsabatkan kami di jalan ini.
credit to: Ukht Marlynna Sarkawi and Ukht Murni Hayati for the great sharing..
No comments:
Post a Comment